Jogging bahayakan kesihatan?
Senaman perlu kerap dilakukan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha yang dilakukan untuk mengekalkan kesihatan diri.
Dan ramai orang yang mahu sentiasa kelihatan segar dan sihat. Oleh itu,
mereka berjogging. Bagaimanapun jogging bukan saja memberi banyak
manfaat, ia juga boleh membahayakan.
Di sini adalah beberapa perkara yang perlu diketahui oleh mereka yang
ingin memulakan senaman dengan berjogging: Ada beberapa sebab mengapa
jogging berbahaya dan bagaimana ia boleh merosakkan kesihatan anda.
* Jika anda berjogging di jalan raya, anda akan menghadapi risiko
dilanggar. Di Amerika Syarikat, Persatuan Automobil pernah melaporkan
dalam tempoh 12 bulan saja, 8,300 orang yang berjogging terbunuh
dilanggar kereta manakala 100,000 lagi cedera. Untuk menggelakkan risiko
ini, anda perlu berjogging jauh daripada kawasan kenderaan atau
sekurang-kurangnya pastikan anda memakai pakaian yang mempunyai
tanda-tanda amaran keselamatan jalan raya ketika keluar pada waktu
malam.
* Berjogging di jalan yang bengkang-bengkok boleh menyebabkan ketegangan
di bahagian penyambung anggota badan anda. Salah satu kaki anda akan
mengalami ketegangan dan sebelah lagi pula akan mengalami sedikit
kekejangan.
* Sakit belakang adalah masalah yang sering dialami di kalangan mereka
yang berjogging, khususnya yang berlari di kawasan yang sama rata. Dalam
satu masa, tulang belakang anda akan menerima kira-kira 10,000 pusingan
pelakuan yang tangkas. Akhirnya, anda akan mengalami sakit belakang
yang berpanjangan.
* Sakit jantung adalah penyakit yang biasa dihadapi oleh golongan
pertengahan umur yang tidak sihat dan berjogging tanpa latihan teratur.
Dilaporkan satu punca utama mengapa mereka yang tidak sihat dilatih
berjogging berduaduaan adalah untuk memudahkan salah seorang itu
mendapatkan bantuan ambulans sekiranya rakannya diserang sakit jantung.
* Tekanan di sesetengah bahagian pada tulang kaki adalah biasa khususnya
di kalangan pelari yang kurang pengetahuan dalam teknik itu. Untuk
meminimumkan risiko itu, pelari sepatutnya mengganggotai kelab yang baik
dan meminta nasihat daripada jurulatih yang bertauliah.
* Jangan berlari jika terasa sakit. Anggota badan yang sakit itu adalah
tanda bahawa anda harus BERHENTI. Jika anda tidak memperdulikan amaran
itu dan terus berlari, anda akan mengalami kerosakan anggota yang kekal
dan mungkin juga menemui ajal.
* Denyutan jantung yang berlebihan akibat terlalu banyak berjogging
boleh merosakkan hati dan jantung anda dan pertukaran hormon yang
dikeluarkan juga boleh menjejaskan kehidupan seks anda.
* Setiap kali kaki anda terhentak ke tanah, tulang dan penyambungnya
menghadapi risiko rosak. Bagi mengurangkan risiko kecederaan yang teruk,
pastikan anda berlari dalam keadaan yang selesa, memakai kasut yang
mempunyai tapak sesuai untuk tahan menerima hentakan kaki yang
berulangkali.
* Berlari boleh menyebabkan anda ketagih. Apabila anda berlari, tubuh
anda akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai endorfin dan
ia adalah sama dengan sejenis dadah heroin serta morfin, apabila
seketika akan membuatkan anda ketagih.
Beberapa sebab mengapa berjogging adalah baik untuk anda bagaimana ia dapat membantu kesihatan:
* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot,
melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila
tua.
* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan
jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging
juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh anda.
* Jika anda terlalu gemuk, anda boleh membakar kalori yang tidak diperlukan dengan berjogging.
* Kadar denyutan otot anda dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman
yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan
atau masalah lain.
* Jika anda menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu
hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap
membantu anda menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi
anda daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap
tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.
* Sistem pernafasan anda dibantu dengan berjogging. Untuk memastikan larian betul, anda perlu belajar bernafas.
* Dengan memperuntukkan satu hingga dua jam seminggu untuk berjogging,
anda boleh menghalang berlakunya tekanan dan ketegangan yang dialami
setiap hari. Ingat! Tidak ramai orang berjogging membawa bersamanya
telefon bimbit. Jogging adalah satu cara yang baik untuk menghapuskan
tekanan. Jika kerja anda membuatkan anda sentiasa tertekan, jogging
adalah elok untuk merehatkan anda.
Jogging
23.41 |
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar